Rumah Untuk Dijual Punya Bilik Khusus Untuk Drakula?

Sebuah rumah yang kelihatan biasa namun disenaraikan pada harga £813, 000,  iaitu kira-kira RM 464, 0782 telah menyebabkan orang ramai menjadi tertarik untuk melihatnya sedalam-dalamnya.

rumah untuk dijual punya bilik khusus untuk drakula?

Namun, reaksi yang diperoleh orang ramai bercampur-baur apabila ada yang mempersoalkan nilai yang sepatutnya untuk hartanah itu.

Manakan tidak, iklan yang tertulis ‘pemandangan rumah mewah Upper East Side NY dengan bahagian luar banglo menawan itu’ mula menjadi bahan gelak orang ramai apabila salah satu foto yang dimuat naik di dalamnya dikatakan menyerupai bilik Drakula!

Bilik yang disifatkan sebagai ‘bilik Drakula’ itu mempunyai dihiasi dengan segala set bilik tidur berserta persekitaran yang berwarna coklat.

rumah untuk dijual punya bilik khusus untuk drakula?

Malahan, katilnya juga kelihatan terlalu tinggi untuk dipanjat hingga ada yang mengatakan mereka takut untuk tidur di bilik tersebut, takut sekiranya terhentak kepala.

Difahamkan, hartanah tersebut terletak di Huntsville, Alabama, AS dan telah diubahsuai pada 2018 sekali gus menjadikannya mempunyai empat bilik tidur dan lima bilik mandi.

Ia menjadi viral di serata media sosial setelah orang ramai mempersoalkan mengenai nilainya yang dikatakan terlalu tinggi dan seolah-olah tidak bersesuaian dengan rumah tersebut.

 

Sumber: [1]