Jika disebut tentang roti telur, pasti kebanyakkan kita akan membayangkan roti canai yang dicampurkan telur serta dihidangkan bersama kuah kari, dal mahupun sambal.
Namun lain pula hidangan yang diterima pengguna ini apabila memesan roti telur dari sebuah restoran di Singapura.
Menurut pelanggan itu, beliau menerima hidangan roti canai yang diletakkan telur pada bahagian tengahnya, berserta dengan kuah kari manis.
Ia sangat berbeza dengan roti telur yang biasa kita dapat apabila memesan hidangan ini dari kedai mamak mahupun restoran di negara ini.
Menurut hantaran itu lagi, hidangan roti prata dengan kuah kari manis bernilai USD6 (kira-kira RM30) dan jika ditambah telur tambahan USD2 (RM10) akan dikenakan.
Rata-rata warganet dilihat mempersoalkan hidangan ini sambil ada segelintir mereka menyifatkannya sebagai aneh.
Sumber: Reddit