Roti Keju Termahal Di Dunia Ini Cecah Harga Dekat RM1,000 Satu Set

Roti yang dibakar bersama keju ini adalah roti sandwich yang paling mahal di dunia dengan harganya mencecah hampir RM1,000 bagi setiap satu set hidangan.

roti keju termahal di dunia ini cecah harga dekat rm1,000 satu set

Hidangan yang dikenali sebagai Quintessential Grilled Cheese ini telah memegang rekod sebagai sandwich paling mahal di dunia untuk tujuh tahun lamanya.

roti keju termahal di dunia ini cecah harga dekat rm1,000 satu set

Hidangan ini dibuat oleh sebuah restoran di New York yang terkenal dengan rekod dunia dimiliki mereka. Sehingga hari ini, restoran itu memiliki manisan paling mahal di dunia, burger paling mahal di dunia, hot dog paling mahal, kek perkahwinan paling terbesar dan juga cawan coklat panas paling besar di dunia.

 

Bukan itu sahaja, restoran yang diberi nama Serendipity 3 ini kini memiliki satu hidangan unik iaitu sandwich keju paling mahal di dunia, yang mana ia dibuat daripada dua keping roti French Pullman yang disaluti kepingan emas, dengan mentega truffle putih dan keju Caciocavallo Podolico yang sangat jarang dijumpai ditengahnya.

roti keju termahal di dunia ini cecah harga dekat rm1,000 satu set

Hidangan unik itu disertakan sekali dengan secawan sos perap Tomato Lobster Afrika Selatan, di atas pinggan jenis Baccarat Crystal.

roti keju termahal di dunia ini cecah harga dekat rm1,000 satu set

Keju Caciocavallo Podolico yang sangat jarang dijumpai membuatkan hidangan sandwich ini menjadi sangat mahal. Ia adalah keju yang diimport dari Italy, dihasilkan dari susu istimewa yang hanya ada pada 25,000 lembu dengan proses penghasilan memakan masa satu tahun dua bulan lamanya.

 

Ada yang sanggup nak makan sandwich RM1,000 ini?

roti keju termahal di dunia ini cecah harga dekat rm1,000 satu set

Sumber: Oddity Central