Robot AI Kini Dilantik Jadi CEO Syarikat Di China

Sebuah syarikat metaverse di China telah mencipta sejarah apabila mereka sepakat melantik robot humanoid maya dengan kecerdasan buatan (AI) sebagai CEO syarikatnya.

robot ai kini dilantik jadi ceo syarikat di china

NetDragon telah melantik CEO yang dikenali sebagai ‘Tang Yu’ bagi mengambil alih pengoperasian syarikat mereka yang bernilai hampir AS$10 bilion (RM45 bilion).

 

Menurut lembaga pengarah syarikat, mereka percaya robot AI adalah masa depan kepada pengurusan korporat dan ia akan mengubah cara syarikat menjalankan perniagaan.

robot ai kini dilantik jadi ceo syarikat di china

“Tang Yu akan menyelaraskan aliran proses, meningkatkan kualiti tugas kerja dan meningkatkan kelajuan pelaksanaan.

“Dia juga akan berfungsi sebagai hab data masa nyata dan alat analisis untuk menyokong pembuatan keputusan yang rasional dalam operasi harian, serta membolehkan sistem pengurusan risiko yang lebih berkesan.”

“Selain itu, Tang Yu dijangka memainkan peranan penting dalam pengembangan bakat dan memastikan ruang kerjaya yang adil dan cekap untuk semua pekerja,” ujar syarikat itu.

 

NetDragon juga merancang untuk mengembangkan algoritma di sebalik Tang Yu bagi mencipta model pengurusan yang telus apabila mengubah syarikat itu menjadi komuniti kerja berasaskan metaverse.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN