Restoran Jadi Popular Sebab Panggil Semua Pelanggannya ‘Sayang’

Sebuah restoran di wilayah Jawa Tengah menjadi popular dan viral gara-gara mempunyai cara unik dalam perniagaannya iaitu memanggil pelanggan dengan gelaran ‘sayang’.

restoran jadi popular sebab panggil semua pelanggannya ‘sayang’

Restroran yang bernama Rumah Makan Alami Sayang itu dimiliki seorang wanita bernama Sulastri yang diusahakan bersama-sama suaminya.

 

“Helo sayang. Mahu minum apa, sayang?” sapa salah seorang pekerja di restoran tersebut kepada pelanggan.

restoran jadi popular sebab panggil semua pelanggannya ‘sayang’

Katanya, idea memanggil pelanggan dengan panggila itu muncul selepas berkunjung ke Kalimantan bersama suaminya. Ketika itu, mereka sedang membeli sayur-sayuran lalu dipanggil sayang oleh penjual.

 

“Ini sekali gus memberikan idea kepadanya untuk mengajak suaminya membuka kedai makan dan memanggil para pelanggan dengan panggilan ‘sayang’,” kata Asih.

 

Menurutnya lagi, rata-rata pelanggan yang datang mempunyai pelbagai reaksi berbeza, termasuklah ada yang menarik muka masam selepas pasangan mereka dipanggil sebegitu.

 

“Kami kemudiannya menjelaskan kepada mereka bahawa semua pelanggan di sini disapa dengan panggilan itu. Bermula daripada kanak-kanak, remaja, lelaki dewasa, wanita sehinggalah warga emas,” jelasnya.

restoran jadi popular sebab panggil semua pelanggannya ‘sayang’

Restoran itu terletak di Kabupaten Wonogiri, Jawa Tengah dan dibuka setiap hari sehingga jam 9 malam.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN