Resipi ‘Kari Ayam Singapura’ Buat Ramai Marah

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

 

Mempunyai rasa pedas, hidangan kari wajib dimasak bersama daun kari dan juga rempah kari.

 

Namun, perkongsian oleh New York Times di media sosial mengenai cara memasak Kari Ayam Singapura telah mencetuskan kemarahan ramai.

resipi ‘kari ayam singapura’ buat ramai marah

Mana tidaknya, video yang menampilkan seorang wanita memasak Kari Ayam Singapura itu dilihat tidak menggunakan rempah atau daun kari, sebaliknya ia disediakan dengan cara memerapnya dalam perahan jus limau nipis dan kemudian direneh secara perlahan-lahan dalam sos pedas, rempah-ratus dan santan. Ia juga kelihatan berwarna jingga gelap berbanding kuning-jingga untuk kari biasa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NYT Cooking (@nytcooking)

 

Menurut video yang dimuat naik oleh akaun @nytcooking di Instagram itu lagi, antara jenis kari yang cukup dikenali di Singapura adalah versi masakan Nyonya yang pekat berlemak dengan santan dan sarat dengan ketulan ayam serta kentang.

 

Disediakan oleh seorang wartawan warga Amerika, Clarissa Wei berkata, beliau mendapat resipi itu atas ihsan seorang rakyat Singapura generasi kedua yang berketurunan India-Vietnam.

 

Video berkenaan mendapat kecaman bertubi-tubi dan ramai mempersoalkan dimanakah kari dalam hidangan berkenaan.

 

Sumber: [1]