Terpengaruh Filem, Remaja Sengaja Biar Digigit Labah-Labah Demi Jadi Spider-Man

Akibat kemaruk dengan karakter adiwira dalam filem, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun sengaja membiarkan dirinya digigit seekor labah-labah dengan harapan mempunyai kuasa seperti karakter Spider-Man.

terpengaruh filem, remaja sengaja biar digigit labah-labah demi jadi spider-man

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai kuasa seperti yang diharap, malah kecerdasan otak atau IQ remaja itu juga berada pada keadaan normal.

 

Kes yang dilaporkan dalam laporan Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi India turut mendakwa remaja berkenaan menyuntik cecair merkuri kedalam tubuh badannya bagi meniru karaker adiwira X-Men.

terpengaruh filem, remaja sengaja biar digigit labah-labah demi jadi spider-man

Tindakan remaja itu telah menyebabkan tubuh badannya ditumbuhi bisul yang sakit dan tidak boleh disentuh.

terpengaruh filem, remaja sengaja biar digigit labah-labah demi jadi spider-man

Remaja itu berkata beliau menyuntik tubuhnya dengan merkuri yang diambil dari sebiji termometer sekurang-kurangnya tiga kali.

 

Doktor menjalankan pemeriksaan toksikologi bagi memeriksa tahap merkuri dalam darah remaja itu.

 

Remaja itu bernasib baik kerana suntikan yang dilakukan tidak termasuk dalam salur darah utama, namun bisul yang terjadi pada tubuhnya perlu dipoting dan beliau juga harus menjalani pembedahan mencantumkan kulit.

 

Sumber: [1]