Remaja Sanggup Jual Motosikal Ayah Demi Bertemu Kekasih

Seorang remaja perempuan di Indonesia sanggup menjual motosikal bapanya sendiri untuk membeli tiket penerbangan demi menemui kekasih hati yang dikenalinya menerusi satu permainan mudah alih.

remaja sanggup jual motosikal ayah demi bertemu kekasih

Namun, remaja tersebut kemudian bertukar hampa apabila lelaki yang dikatakan kekasihnya itu enggan bersemuka dengan dia.

Dalam satu video yang tular di media sosial, remaja itu dilihat menangis di ruang menunggu Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi.

Menurut sumber, remaja yang hanya dikenali sebagai IN itu nekad menjual motosikat bapanya dengan harga 20 juta rupiah (RM5,685) semata-mata ingin memenuhi keinginannya untuk bertemu dengan ‘kekasih’ dalam talian.

Sebagai tambahan, remaja tersebut dikatakan telah mengenali lelaki tersebut selama tiga tahun melalui satu permainan dalam talian.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dikatakan tidak mahu berjumpa dengannya.

Sudahlah tidak dapat bertemu dengan ‘kekasih’, remaja tersebut juga terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa lapangan terbang kerana dia dikatakan tidak mengikuti prosedur norma baharu yang memerlukan seseorang penumpang kapal terbang itu untuk melakukan ujian calitan sehingga dia tidak dapat berangkat ke Jakarta.

Menurut laporan media tempatan, IN bagaimana berjaya dipujuk untuk membatalkan perjalanan itu dan kini telah pulang ke pangkuan keluarganya.

 

Sumber: [1]