Tidak Melawan Balik, Lelaki Ini Rela Diri Ditumbuk Demi Sesuap Nasi

Seorang lelaki warga Turki rela dirinya ditumbuk dan dipukul orang lain tanpa membalas semula kerana menjadi sumber rezekinya sebagai ‘punching bag’ manusia sejak 2010.

tidak melawan balik, lelaki ini rela diri ditumbuk demi sesuap nasi

Hasan Riza Gurney mula bekerja sebagai punching bag manusia sejak 2010 selepas mendapat inspirasi daripada pengarah filem klasik Turki, Kemal Sunal, yang menghasilkan filem Sark Bulbulu.

 

Dalam filem itu, seorang watak secara sukarela membenarkan dirinya dipukul orang lain.

 

Beliau juga sedar sesetengah individu gemar melepaskan geram dan tekanan dengan menjerit atau memukul seseorang. Jadi, dia mendapat idea ini untuk menjadikan sebagai perniagaan sejak 11 tahun lalu.

tidak melawan balik, lelaki ini rela diri ditumbuk demi sesuap nasi

Bukan itu sahaja, beliau juga berharap dapat melatih individu lain menjadi sepertinya sebelum usianya melangkau tua kelak.

 

“Kebanyakan pelanggan saya mengalami tekanan atau serangan panik akibat rutin harian mereka.

“Sebab itu, saya ingin melatih bakat berpotensi lain yang berminat sebagai ‘jurulatih tekanan’ dan menyerahkan sarung tangan saya kepada generasi baharu,” katanya.

tidak melawan balik, lelaki ini rela diri ditumbuk demi sesuap nasi

Sumber: [1]