Cipta Rekod Cara ‘Gostan’ Paling Jauh Bawah 30 Minit

Seorang lelaki dari India telah mencipta rekod dunia baharu apabila dia berjaya memandu secara mengundur untuk jarak paling jauh dibawah masa 30 minit.

 

Chandramouli, seorang penduduk di daerah Salem dekat India, berjaya mencipta rekod itu untuk jarak 16 kilometer dengan gear mengundur dibawah masa 30 minit.

 

Rekod yang dicipta Chandra bukanlah mudah kerana sejak dari usianya 10 tahun, beliau sudah menjalani latihan memandu, bagi menewaskan rekod terdahulu yang dipegang oleh Tesson Thomas dari Kerala. Rekod sebelum ini adalah memandu secara mengundur sejauh 14.2 kilometer selama 30 minit.

Menurut Chandra, beliau terpaksa menahan rasa sakit pada leher sepanjang melakukan aksi itu kerana perlu menoleh ke belakang untuk mengundurkan kenderaan. Ia ternyata bukan semudah yang disangka.

Perkataan gostan sebenarnya berasal daripada istilah Inggeris, "go astern" atau "go stern". Istilah ini ialah istilah yang digunakan dalam bidang perkapalan, yang bermaksud mengundur.

cipta rekod cara ‘gostan’ paling jauh bawah 30 minit

Sumber: Oddity Central