Memanah adalah seni, amalan, atau kemahiran melepaskan anak panah dengan menggunakan sebuah busur. Sukan ini memerlukan ketajaman mata untuk menyasarkan panah ke arah sasaran dengan tepat.
Seorang lelaki telah mencipta rekod dunia dengan menyasarkan tujuh anak panah secara tepat menembusi lubang kunci yang berukuran hanya 10mm.
Lars Anderson, 57, juga disebut sebagai pemanah profesional dunia, cukup dikenali dengan skil memanah yang hebat. Beliau satu-satunya pemanah yang boleh memanah 10 anak patah dalam masa 4.9 saat, juga boleh memanah dalam kenderaan bergerak, serta memanah banyak anak panah sekali gus.
Anderson sekali lagi mencipta nama sebagai pemanah hebat apabila berjaya menyasarkan tujuh anak panah tepat melalui sasaran sempit iaitu lubang kunci berukuran 10mm sahaja.
Tonton video hebat Anderson disini:
Sumber: Youtube