Rekaan Beg Inspirasi Dari Beg Sampah Ini Berharga RM7,977!

Satu jenama fesyen mewah telah mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan koleksi terbaharunya yang berupa sebuah ‘beg sampah’.

rekaan beg inspirasi dari beg sampah ini berharga rm7,977!

Jika sekali pandang, rekaan beg terbaharu itu memang saling tidak tumpah bagaikan beg sampah sebenar, dengan permukaan berkilat dan tali cerut pada bahagian atas.

 

Ia adalah sebahagian daripada koleksi sedia pakai atau Ready to Wear (RTW) musim luruh oleh jenama terkenal, Balenciaga yang dipamerkan pada pertunjukan fesyen Paris, Mac lalu.

rekaan beg inspirasi dari beg sampah ini berharga rm7,977!

“Saya tidak boleh melepaskan peluang untuk membuat beg sampah paling mahal di dunia, kerana siapa yang tidak suka dengan skandal fesyen?” kata Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia.

 

Beg itu diperbuat daripada kulit anak lembu, dihiasi dengan logo halus dan didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, kuning, putih dan juga biru.

rekaan beg inspirasi dari beg sampah ini berharga rm7,977!

Bagaimanapun rekaan beg itu mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat yang mempersoalkan ia dengan harga serta jenama yang digunakan.

 

Mac lalu, Balenciaga pernah menghasilkan beg kulit baharu dengan harga 925 pound (sekitar RM5,113) yang kelihatan seperti beg plastik sebuah pasaraya.

rekaan beg inspirasi dari beg sampah ini berharga rm7,977!

Sumber: Kosmo

 

 

ARTIKEL BERKAITAN