Tolak Permohonan Kerja Jika Nombor Telefon Pemohon Ada Nombor 5

Seorang pengurus syarikat di China telah menolak sejumlah permohonan pekerjaan yang mempunyai angka lima pada nombor telefon mereka.

tolak permohonan kerja jika nombor telefon pemohon ada nombor 5

Syarikat yang terletak di Shenzhen, China itu mendapat perhatian pengguna internet selepas didapati menolak sejumlah permohonan pekerjaan yang mempunyai angka ‘5’ kerana percaya ia membawa nasib yang malang.

 

Tindakan pengurus syarikat itu mengundang marah orang ramai sehingga tanda pagar “Syarikat tidak melantik pekerja dengan telefon bimbit nombor 5” menjadi tular di media sosial tempatan.

tolak permohonan kerja jika nombor telefon pemohon ada nombor 5

Bagaimanapun ada juga segelintir warganet yang mempercayai tindakan pengurus syarikat itu sebagai betul dan bersetuju dengan tindakannya.

 

Nombor 5 dan nombor 4 sering dianggap sebagai nombor yang malang dalam beberapa kepercayaan, termasuklah boleh menyebabkan pergaduhan antara majikan dan pekerja, serta membawa nasib tidak baik kepada syarikat.

 

Sumber: Oddity Central