Ratusan Minyak Minyak Terapung Di Lautan!

Sebuah video menjadi tular gara-gara memperlihatkan ratusan bungkusan minyak masak terapung di tengah lautan!

ratusan minyak minyak terapung di lautan!

Memetik Detik, video tersebut telah dimuat naik di beberapa akaun media sosial yang mana salah satunya termasuk akaun Instagram @lambe_turah dan @undercover.id, menunjukkan sebuah kapal dan beberapa individu cuba untuk mengutip ratusan bungkusan minyak masak yang terapung di tengah laut itu.

“Proses memindahkan minyak masak,” kata lelaki yang merakam salah satu video terbabit.

Seorang individu dalam video itu, yang dipercayai anak kapal, malah mengenakan pelampung untuk mengambil minyak masak yang bertebaran itu sehingga menjauhi kapal sendiri.

“Ratusan minyak masak berbungkus tumpah di tengah laut. Belum diketahui puncanya, dan bila ia terjadi. Bagaimanapun, beberapa pemuda dilihat memindahkannya semula ke atas kapal,” tulis akaun Instagram undercover.id pada 3 Ogos lalu.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Instagram sama, ratusan bungkusan minyak masak itu bertebaran di sekitar Laut Jawa.

“Menurut maklumat, kejadian ini berlaku di sekitar Laut Jawa. Semoga semua minyak ini dapat dipindahkan tanpa meninggalkan kesan atau sisa plastik yang tertumpah.”

 

Sumber: detik