Hanya Tunjuk Wanita Berlari, Ini Rancangan TV Popular di Jepun

Pelik, namun itu hakikatnya apabila sebuah rancangan televisyen di Jepun mendapat ribuan tontonan setiap hari meskipun ia hanya memaparkan aksi wanita sedang berlari.

hanya tunjuk wanita berlari, ini rancangan tv popular di jepun

Ditayangkan sejak 15 tahun lalu, rancangan Zeryokuzaka merupakan antara rancangan televisyen paling lama bertahan di Jepun.

hanya tunjuk wanita berlari, ini rancangan tv popular di jepun

Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 1.20 pagi waktu tempatan menerusi Youtube TV Asahi, penonton dihidangkan dengan aksi wanita sedang berlari mendaki lorong curam di Jepun.

Setiap episod rancangan itu ditayangkan tidak lebih 6 minit, termasuk pembukaan dan penutup yang hanya memfokuskan kepada aksi wanita sedang berlari.

Meskipun konsep rancangan itu ringkas, ia kekal popular di Jepun sejak 15 tahun yang lalu.

Cuma yang membezakan setiap episod adalah tetamu yang terdiri daripada pelakon muda, personaliti media atau penghibur yang dirakam di beberapa lokasi berbeza di Jepun.

 

Sumber: Oddity Central