Korang pernah tak lalui sebarang pengalaman aneh ketika makan di restoran?
Salah seorang pengunjung restoran di Indonesia ini berkongsi mengenai apa yang dialaminya di sebuah restoran yang terletak di Jakarta.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @nosugar.pls, wanita itu memperlihatkan dirinya yang sedang makan bersama rakan di sebuah restoran yang cukup terkenal dan dikatakan memiliki banyak cawangan di serata kawasan Jakarta dan Tangerang.
Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila dia dan rakan-rakannya hendak menambah serbuk cili ke dalam makanan mereka.
Mereka berasa sangat terkejut setelah mendapati terdapat banyak serangga kecil di dalam bekas serbuk cili itu yang malahan masih hidup dan bergerak di dalam bekas kaca tersebut.
Ia langsung menyebabkan mereka hilang selera makan.
Susulan kejadian itu, wanita tersebut mengingatkan warganet agar supaya sentiasa berhati-hati ketika makan di mana-mana dan sentiasa memeriksa bekas tempat mengisi makanan atau perasa yang disediakan.
“Guys, berhati-hatilah ketika anda makan di mana sahaja, lihat dahulu kandungan balang itu.
“Rakan saya ingin mengambil serbuk cili di sebuah restoran di Jakarta, tetapi ada banyak serangga seperti ini.
“Langsung hilang selera makan,” coretnya dalam video itu.
Rata-rata, ramai warganet turut terkesima melihat kejadian yang dialami wanita itu.
Sejak dimuat naik di TikTok, video itu telah menjadi tular dan ditonton lebih 1 juta kali di TikTok.
Sumber: [1]