Gara-gara takut dimarahi oleh isteri dan keluarga, seorang lelaki yang sudah menganggur dan dipecat sejak setahun lalu telah menghabiskan masa berbulan-bulan dengan berpura-pura pergi kerja.
Kejadian berlaku di Hong kong selepas lelaki berusia 46 tahun yang tidak didedahkan identitinya terpaksa berpura-pura ke tempat kerja setiap hari demi berlakon di hadapan isteri dan keluarga.
Kisah kesusahan lelaki itu dikatakan mirip dengan kisah filem Tokyo Sonata yang menggambarkan kehidupan rakyat biasa yang dibebani dengan kemelesetan ekonomi.
Lelaki itu juga telah memohon banyak pekerjaan menerusi laman web pekerjaan Hong Kong, namun sehingga kini masih belum menerima maklum balas.
“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas.
“Saya tidak berani memberitahu isteri saya.” lelaki itu merintih dalam mesej yang disiarkan oleh Office Daily di halaman Facebooknya pada 5 Januari lalu.
Dengan berbekalkan wang simpanannya, beliau bimbang tidak dapat mengekalkan penipuannya dengan lebih lama tanpa pekerjaan yang benar-benar bergaji.
Sumber: South China Morning Post