Puluhan Penguin Ditemui Mati Di Cape Town, Dipercayai Akibat Sengatan Lebah

Sejumlah 63 penguin Afrika ditemui mati akibat diserang sekawan lebah.

puluhan penguin ditemui mati di cape town, dipercayai akibat sengatan lebah

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Cape Town, Afrika Selatan.

Menurut Persatuan Pemuliharaan Burung, ia merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di Pantai Boulder, sebuah kawasan yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

Bangkai penguin bersama lebah dijumpai di pesisir pantai Bandar Simon pada Isnin lalu.

Hasil bedah siasat menemukan kesan sengatan lebah pada bangkai penguin pada bahagian mata dan sayap sirip mereka.

Salah seekor penguin malahan didapati disengat sebanyak 27 kali.

Sebagai makluman, penguin Afrika tergolong dalam spesies terancam dengan hanya kira-kira 50,000 ekor di seluruh dunia.

Menurut Agensi Taman Negara Afrika Selatan (SANParks), kebiasaannya jarang sekali lebah untuk menyerang penguin.

“Selalunya penguin ini akan hidup bersama lebih dan sifat lebah ini ia tidak akan menyerang tanpa sebab.

“Mungkin sarangnya diganggu menyebabkan ia menjadi agresif,” jelas Dr Alison Kock yang merupakan seorang ahli biologi marin yang bertugas di SANParks.

 

Sumber: [1]