Profesor Hantar DNA Sendiri Ke Bulan Untuk Kegunaan Makhluk Asing

Seorang profesor telah menghantar asid deosiribonukleik (DNA) miliknya ke Bulan, dengan harapan agar makhluk asing atau sebarang hidupan di masa depan dapat menggunakan sampel itu untuk mengklon dirinya.

profesor hantar dna sendiri ke bulan untuk kegunaan makhluk asing

Prof Ken Ohm, 86, merupakan satu daripada tujuh orang yang bersetuju untuk terlibat dalam misi menghantar DNA manusia ke Bulan yang dilakukan firma Amerika Syarikat, Celestis.

 

Ujarnya, kira-kira 30,000 atau 40,000 tahun dari sekarang, mungkin ada tamadun baharu atau tamadun asing di masa depan yang akan menemui DNA milliknya itu.

profesor hantar dna sendiri ke bulan untuk kegunaan makhluk asing

Sampel DNA itu katanya mungkin akan digunakan untuk menghasilkan beribu-ribu lagi klon dirinya di seluruh alam semesta.

 

Namun pakar fizik itu mengakui dia sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku kepada sampel DNA tersebut.

 

Untuk info, syarikat Celestis dilapor telah menghantar DNA ke Bulan sejak tahun 1994 lagi.

 

“Kapsul peringatan Celestis yang membawa abu mayat yang dibakar dan DNA akan kekal di permukaan Bulan sebagai penghormatan kekal kepada jiwa-jiwa berani yang tidak pernah berhenti menggapai bintang,” kata laman web syarikat itu.

 

Sumber: Kosmo!