Akibat Suara Sumbang dan Tak Kacak, Penyanyi Ini Ditahan Polis

Gara-gara memiliki suara yang sumbang serta wajah yang tidak kacak, seorang penyanyi lelaki di Bangladesh telah ditahan polis di negara berkenaan.

akibat suara sumbang dan tak kacak, penyanyi ini ditahan polis

Penyanyi yang dikenali sebagai Hero Alom telah ditahan polis tempatan selama lapan jam, selain perlu membuat permohonan maaf gara-gara suaranya yang sumbang.

 

Alom juga dilaporkan turut didesak untuk berhenti menyanyi serta-merta.

akibat suara sumbang dan tak kacak, penyanyi ini ditahan polis

Semuanya berlaku selepas ramai pihak termasuk pihak berkuasa berang terhadap rakaman Alom yang menyanyikan lagu klasik oleh pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair negara, Kazi Nazrul Islam.

 

Polis juga menerima banyak aduan mengenai nyanyian lelaki itu. Malah, beliau dilihat turut memakai seragam polis dalam klip video lagu-lagunya.

 

Menariknya, Alom memiliki hampir dua juta pengikut di Facebook, meskipun suaranya sumbang dan wajahnya tidak kacak seperti penyanyi lain.

 

Bagaimanapun menurut Alom, beliau merasakan haknya sebagai rakyat Bangladesh disekat kerana tidak dibenarkan untuk menyanyi seperti sebelum ini.

 

“Ini adalah Bangladesh yang merdeka. Jika saya tidak boleh bercakap, menyanyi atau melakukan aktiviti riadah, maka saya rasa hak saya sedang diragut,” katanya kepada India Today.

 

Sumber: Kosmo!