Tikus Bawa Lari Emas Bernilai RM28,000 Berjaya Dikesan Polis

Susulan daripada laporan kehilangan emas seberat 500 gram yang bernilai AS$6,400 (RM28,172), pasukan polis India telah berjaya mencari sekawanan tikus dan menemui emas berkenaan dalam sebuah longkang.

tikus bawa lari emas bernilai rm28,000 berjaya dikesan polis

Insiden berlaku selepas wanita berusia 45 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah membuat laporan tentang kehilangan beg yang mengandungi barang kemasnya.

.

Sundari Planibel mendakwa ketika kejadian beliau dalam perjalanan untuk menggadaikan barang kemas bagi mendapatkan wang untuk membayar pinjaman perkahwinan anak perempuannya.

.

Namun ketika perjalanan, dia terlihat kanak-kanak sedang mengumpul sampah, lalu memberikan mereka bungkusan makanan dari beg yang sama dia menyimpan emas.

.

Sejurus tiba di bank, baru dia sedar dia tersalah berikan bungkusan dan cuba mencari kanak-kanak itu tadi, namun usahanya gagal.

.

Selepas dibantu polis dan penduduk tempatan, beliau akhirnya berjaya menemui kanak-kanak tersebut dan katanya dia telahpun membuang bungkusan itu di tempat pembuangan sampah. Polis bagaimanapun gagal mengesan barang kemas itu dikawasan tersebut.

.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup mendapat, beberapa ekor tikus telah membawa lari beg berisi barang kemas itu dari tempat pembuangan sampah ke longkang. Polis kemudian membuka penutup pembentung dan akhirnya menemui semula beg berisi 500gram emas yang masih berada di dalamnya.

.

Beg bungkusan itu akhirnya dikembalikan kepada pemiliknya pada Khamis lalu.

.

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN