Polis Terima Panggilan Kecemasan, Rupanya Dari Monyet!

Siapa sangka satu panggilan kecemasan 911 yang diterima pegawai polis di California adalah daripada seekor monyet.

polis terima panggilan kecemasan, rupanya dari monyet!

Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo menerima panggilan yang terputus pada malam Sabtu lalu.

 

Pegawai polis bertugas kemudian cuba untuk menghubungi semula atau menghantar mesej namun tiada jawapan balas diterima.

 

Susulan itu, pegawai polis dikerahkan untuk menyiasat mengenai panggilan misteri itu, dikuatiri ia datang daripada individu yang sedang berdepan masalah kecemasan.

 

Lokasi nombor telefon yang diterima polis adalah terletak di Zoo to You dekat Paso Robles.

 

Selepas mendapati tiada siapa yang membuat panggilan itu di zoo, pihak polis kemudian mengesyaki ia dilakukan oleh monyet Capuchin yang dinamakan sebagai Route.

polis terima panggilan kecemasan, rupanya dari monyet!

“Kami diberitahu bahawa monyet Capuchin mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi dan akan mengambil apa-apa sahaja yang berada di depan mata serta tidak takut untuk menekan butang-butang tertentu.

“Itulah yang dilakukan oleh Route, kebetulan ia menekan kombinasi nombor yang betul sehingga dapat menghubungi kami,” kata pejabat syerif menerusi kenyataan di Facebook.

 

Perkara itu mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata terhibur dengan keletah lucu monyet itu.

Sumber: Times Now News