Polis Berjaya Tangkap Pocong Yang Kacau Pengguna Jalan Raya

Pengguna jalan raya di satu kawasan dekat Jawa Barat resah apabila sering terlihat kelibat susuk putih pada waktu malam yang mereka percaya adalah pocong.

 

Pocong itu dikatakan muncul di sebalik pokok buluh di pinggir jalan, sehingga menimbulkan panik dan ketakutan pada pengguna jalan raya itu.

 

Kejadian berlaku di Jalan Kolonel Masturi di Kampung Jambudipa di Cisarua dekat Jawa Barat, Indonesia sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa polis.

polis berjaya tangkap pocong yang kacau pengguna jalan raya

Pihak berkuasa kemudian membuat pemeriksaan dikawasan berkenaan dan menemui puncanya.

 

Mereka akhirnya menemui karung putih yang mengandungi kadbod serta tali yang diikat pada bahagian kepala, menyerupai pocong.

 

Menurut Ketua AKP Sabhara, Dudy Iskandar berkata, patung menyerupai pocong itu sengaja diletakkan disitu memandangkan ia gelap bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.

 

Tindakan itu nyata boleh menyebabkan kemalangan selain mendorong kepada kegiatan jenayah untuk berlaku.

 

Polis kini masih menyiasat motif si pelaku memasang pocong itu disitu.

 

Sumber: Kompas