Lelaki Terkejut Lihat Pokok Nangka Hasilkan Buah Berkulit Durian

Seorang lelaki dari Jawa Timur terkejut apabila mendapati pohon nangka miliknya menghasilkan buah yang kelihatan seperti durian.

lelaki terkejut lihat pokok nangka hasilkan buah berkulit durian

Menurut Suara.com, lelaki yang dikenali sebagai Majuki berkata fenomena itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya pohon nangka itu pernah menghasilkan buah seperti itu sebelum ini.

 

Katanya, ini adalah buah kedua yang kelihatan seperti durian.

 

“Ini adalah buah kedua yang kelihatan seperti durian. Sebelum ini sudah pernah terjadi ketika seorang saudara saya secara tidak sengaja telah memetik buah yang disangka nangka itu.

“Selepas dipetik barulah disedari bahawa ia kelihatan seperti durian,” katanya.

 

Buah nangka itu mempunyai ukuran yang sangat kecil iaitu berdiameter kira-kira 10 sentimeter dan panjangnya 15 sentimeter.

 

Meskipun ia kelihatan seperti durian, buah itu tidak mempunyai bau durian sebaliknya ia berbau sama seperti buah nangka lain yang sedang masak.

 

Berita mengenai buah nangka berkulit durian itu kini tular hingga dusun milik Majuki menjadi tumpuan penduduk yang tinggal berdekatan untuk melihat keunikkan buah itu dengan lebih dekat.

 

Sumber: Suara.com