Planet Ini Ada Awan Logam Dan Hujannya Cecair Permata

Sebuah exoplanet gergasi pada jarak 855 tahun cahaya ini mempunyai keadaan yang cukup ekstrem jika dibandingkan dengan planet lain di alam semesta.

planet ini ada awan logam dan hujannya cecair permata

Mana tidaknya, exoplanet yang ditemui itu dikatakan mempunyai awan yang dipenuhi wap logam dan hujannya adalah cecair permata delima dan nilam.

 

Dikenali sebagai WASP-121 b, ia pertama kali ditemui pada tahun 2015 yang merupakan gas gergasi dengan saiz 1.81 kali lebih besar berbanding Jupiter. Ia juga merupakan exoplanet pertama yang mempunyai kandungan air pada ruangan stratospherenya.

planet ini ada awan logam dan hujannya cecair permata

Meskipun ia mempunyai air, exoplanet WASP-121 b bukanlah planet yang boleh di duduki manusia kerana ia mempunyai suhu setinggi 1,227 hingga 2,727 darjah Celsius, yang mana suhu ini mampu mencairkan logam. Kandungan atmosfera pada waktu siangnya mempunyai wap logam berat seperti vanadium, besi, kromium, kalsium, natrium, magnesium, dan nikel; dan ia sangat tidak sesuai untuk habitat manusia.

 

Lebih menarik, disebabkan keadaan suhu yang terlampau panas, air di planet itu tidak mampu mengekalkan keadaanya dalam bentuk cecair. Sebaliknya, molekul air pada waktu siang hari akan menyala pada gelombang infra-merah. Suhu yang terlampau tinggi ini juga menyebabkan molekul air di planet tersebut terurai kepada oksigen dan hidrogen.

Berbeza pada waktu malam, keadaan yang cukup sejuk pada planet ini berupaya menukar kembali hidrogen dan oksigen ini kepada air semula. Dan begitulah prosesnya berulang pada waktu siang dan malam di WASP-121 b.

 

Penyelidik kini menantikan lebih banyak penemuan exoplanet di angkasa khasnya menerusi James Webb Space Telescope. Penemuan itu juga telah diterbitkan dalam jurnal Nature Astronomy