Pilu, Burung Merak Yang Enggan Tinggalkan Pasangannya Yang Telah Mati

Satu video menyayat hati yang memaparkan kesedihan seekor burung merak yang kematian pasangannya telah menjadi perbualan viral di garis masa Twitter.

pilu, burung merak yang enggan tinggalkan pasangannya yang telah mati

Dalam video yang menyentuh perasaan itu, seekor burung merak yang telah tinggal bersama pasangannya selama empat tahun enggan melepaskannya walaupun selepas kematiannya.

Juga kelihatan dalam video sama, dua lelaki yang membawa bangkai pasangan burung merak itu, yang mana burung merak tersebut secara senyap-senyap mengekori mereka ke tanah perkuburan.

Ia juga boleh dilihat terus-menerus merenung pasangannya yang mati ketika ia bergerak melalui laluan berlumpur.

“Burung mereka tidak mahu meninggalkan pasangan lamanya selepas kematiannya. Video yang menyentuh hati,” jelas video yang dimuat naik oleh pegawai Indian Forest Service (IFS) Parveen Kaswan di akaun Twitternya @/ParveenKaswan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 214 ribu kali dan lebih 15 ribu tanda suka serta ramai warganet turut membalas muat naik tersebut dengan pelbagai respons.

Kebanyakan mereka tidak dapat menahan kesedihan dan menunjukkan rasa simpati mereka kepada burung merak yang sedang berduka itu.

“Sama ada manusia atau haiwan, mereka tidak boleh melupakan seseorang yang telah mereka habiskan sepanjang hidup mereka. Dan klip ini menunjukkan perkara yang sama bahawa pada hari-hari awal ia menjadi terlalu sukar untuk melupakan orang yang anda sayangi. Menyentuh hati,” kata seorang netizen.

 

Sumber: [1]