Kapal Terbang Mendarat Di Airport Yang Salah Kerana Pilot Tertidur

Gara-gara tertidur semasa penerbangan, pesawat yang membawa penumpang telah mendarat di lapangan terbang yang salah, menyebabkan dua juruterbang telah digantung tugas mereka.

kapal terbang mendarat di airport yang salah kerana pilot tertidur

Kejadian berlaku pada Isnin selepas pesawat itu mendarat di lapangan terbang yang salah di Addis Ababa dekat Ethiopia.

 

Ketika kejadian, juruterbang itu tidak dapat dihubungi pegawai menara kawalan dan hanya terjaga apabila sistem penggera sistem juruterbang automatik dimatikan.

 

Pesawat yang berlepas dari Khartoam di Sudan itu adalah jenis Boeing 737-800 milik Syarikat penerbangan Ethiopian Airlines.

 

Pesawat itu sepatutnya melakukan penerbangan turun pada ketinggian 37,000 kaki di udara, namun kedua-dua juruterbang itu tidak berbuat sedemikian dipercayai sedang tidur.

 

Dalam satu kenyataan oleh pihak syarikat, kedua-dua juruterbang yang terlibat kini digantung tugas sehingga siasatan lanjut selesai.

 

Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Sumber: HMetro