Peserta Ratu Cantik Ini Cipta Sejarah Kerana Enggan Disolek

Seorang peserta ratu cantik mencipta sejarah tersendiri apabila tampil tanpa solek sejak 94 tahun penganjuran pertandingan ratu cantik berkenaan.

peserta ratu cantik ini cipta sejarah kerana enggan disolek

Melisa Raouf, 20, yang juga pelajar jurusan politik menjadi peserta Miss England pertama yang tampil tanpa solek, sekaligus mempromosikan kecantikan dalaman dan mencabar pesohor kecantikan di media sosial.

 

“Ia amat bermakna bagi saya kerana merasakan ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia bersolek kerana berdepan tekanan untuk berbuat sedemikian.

“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, dia tidak seharusnya dipaksa menutup wajah aslinya dengan solekan. Kelemahan menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itu menjadikan setiap individu unik,” katanya.

peserta ratu cantik ini cipta sejarah kerana enggan disolek

Sebelum ini, penganjur Miss England pernah memperkenalkan pusingan ‘Bare Face’ pada 2019 bertujuan menggalakkan wanita untuk menonjolkan diri mereka tanpa perlu bersembunyi di sebalik solekan dan filter di media sosial.

 

“Ini adalah kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat menandingi semua peserta lain.

“Saya ucapkan semoga Melisa bertuah dalam pertandingan Miss England 2022,” kata penganjurnya, Angie Beasley.

 

Sumber: Kosmo!