Angkara Semut, Pesawat Tergendala 3 Jam Lewat Berlepas

Sebuah pesawat mengalami kelewatan lebih tiga jam untuk berlepas gara-gara kehadiran semut di bahagian business class tersebut.

angkara semut, pesawat tergendala 3 jam lewat berlepas

Pesawat milik syarikat penerbangan Air India yang hampir belepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi terkandas selepas kawanan semut itu ditemui. Ia menyebabkan penumpang terpaksa dipindahkan ke pesawat Boeing 787-8 yang lain.

angkara semut, pesawat tergendala 3 jam lewat berlepas

Pesawat itu dijadualkan menuju ke London pada jam 2 petang, terpaksa ditunda kepada 5.20 petang.

 

Antara penumpang yang turut berada dalam pesawat tersebut ialah Putera negara Bhutan, Jigme Namgyel Wangchuck.

 

Laporan media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan spesies semut yang ditemui pada pesawat tersebut dan bagaimana ia boleh berada dalam pesawat, khasnya pada bahagian business class.

 

Sumber: [1]