Satu pertandingan menggali kubur paling kemas dan pantas telah dianjurkan di Jawa Barat dengan menawarkan hadiah utama berupa wang tunai 5 juta Rupiah (kira-kira RM1,468).
Memetik laporan, portal Coconut News, pertandingan yang dianjurkan Pentadbiran Kabupaten Bogor di Jawa Barat itu adalah bertujuan menaikkan martabat penggali kubur dan tanda penghargaan buat pekerjaan itu terutamanya semasa musim pandemik COVID-19.
“Bayangkan, semasa kemuncak penularan wabak ini, penggali kubur mengebumikan sehingga 50 jenazah setiap hari. Mereka melakukannya tanpa mengira waktu walaupun menyedari risikonya,” kata Ketua Badan Perumahan, Permukiman, dan Pengezonan Kabupaten Bogor, Ajat Rochmat Jatnika.
.
Salah seorang peserta pertandingan itu, beliau meluahkan rasa syukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk bekerja menggali kubur, selain berterima kasih kepada penganjur untuk pertandingan serupa ini.
.
“Alhamdulillah, saya masih mempunyai kekuatan untuk bekerja sehingga ke hari ini. Saya berharap dapat sentiasa membantu orang dan saya kekal sihat.
“Terima kasih kepada Ketua Daerah Bogor atas perhatian, penghargaan, dan motivasi kepada kami,” katanya.
.
Sumber: [1]