Selain Buku, Kita Boleh Pinjam Manusia Jika Ke Perpustakaan Ini

Perpustakaan merupakan satu tempat dimana orang ramai boleh mendapatkan pelbagai bahan bacaan, sama ada dalam bentuk buku, majalah, jurnal atau grafik.

selain buku, kita boleh pinjam manusia jika ke perpustakaan ini

Namun percaya atau tidak, sebuah perpustakaan di Copenhagen, Denmark ada menyediakan perkhidmatan yang lain daripada lain, iaitu meminjam manusia.

 

The Human Library, diasaskan seorang warganegara Denmark, Ronni Abergel, telah menjadi sebutan ramai kerana inisiatif yang luar biasa itu.

selain buku, kita boleh pinjam manusia jika ke perpustakaan ini

Manusia yang dipinjamkan selama 30 minit, berfungsi untuk berkongsi pandangan, kisah peribadi ataupun membincangkan topik-topik tertentu seperti seperti kesihatan mental, gangguan seksual, fahaman agama, sejarah hitam, sama ada penagihan dadah mahupun isu dalaman lain.

selain buku, kita boleh pinjam manusia jika ke perpustakaan ini

Menurut pengasasnya, The Human Library menjadi tempat untuk orang ramai meluahkan perbezaan atau pemikiran masing-masing.

selain buku, kita boleh pinjam manusia jika ke perpustakaan ini

selain buku, kita boleh pinjam manusia jika ke perpustakaan ini

“Inisiatif perpustakaan itu untuk menjadikan orang ramai lebih bersikap terbuka, memahami dan menerima hak perbezaan masing-masing.

“Pendekatan ini juga sebagai ruang pembelajaran secara semula jadi supaya orang boleh melihat dari perspektif berlainan supaya kita boleh belajar tentang diri sendiri dan orang lain,” katanya.

 

Sumber: [1]