Lawan Bantal Kini Jadi Acara Tahunan Sukan Popular Di Jepun, Ini Cara Permainannya!

Jepun merupakan negara yang sering tampil dengan idea kreatif dalam sukan dan permainan. Lihat sahajalah rancangan Istana Takeshi yang pernah ditayangkan pada tahun 90-an, nyata ia cukup menghiburkan pemain dan juga penonton.

 

Sejak dari tahun 2013, satu lagi sukan permainan telah menjadi popular sehingga ke hari ini, iaitu lawan bantal. Menariknya, ia telah diangkat sebagai satu kejohanan sukan rasmi iaitu All-Japan Pillow Fighting Championships dan dipertandingkan hingga peringkat kebangsaan.

lawan bantal kini jadi acara tahunan sukan popular di jepun, ini cara permainannya!

Permainan yang dimainkan semasa kanak-kanak ini memerlukan dua kumpulan dengan lima pemain setiap kumpulan. Mereka yang bermain akan memakai pakaian tradisi ketika musim panas iaitu Yucatas.

lawan bantal kini jadi acara tahunan sukan popular di jepun, ini cara permainannya!

Cara permainannya, peserta akan bermula dengan pura-pura tidur diatas lantai, sebelum pengadil meniup wisel menandakan mereka perlu bangun bagi mencapai bantal. Bantal digunakan untuk memukul pihak lawan, khasnya kapten hingga mereka terkeluar daripada permainan. Kumpulan yang berjaya menyingkirkan kapten kumpulan lawan dalam masa dua minit dikira sebagai pemenang.

Bagi melindungi diri daripada dibaling atau dipukul dengan bantal, seseorang itu boleh juga menggunakan pelapik toto sebagai pelindung.

lawan bantal kini jadi acara tahunan sukan popular di jepun, ini cara permainannya!

Sejak sukan ini mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, sebuah syarikat di Jepun, Makura Kabushikigaisha telah mengeluarkan bantal khas untuk permainan ini. Ia juga bagi mengekalkan standard bantal yang digunakan dan untuk mengelakkan penipuan atau ketidakadilan ketika bertanding.

Setiap kali tiba bulan Februari, pertandingan ini akan dipertandingkan di bandar-bandar besar di Jepun, dengan penyertaan seawal usia 9 tahun sehingga kepada kategori veteran, bagi merebut hadiah berupa wang tunai.

 

Bila agaknya sukan ini masuk ke Malaysia ya?

 

Sumber: [1]