Penyanyi Indonesia Ini Tak Marah Kalau Suaminya Curang

Penyanyi dari Indonesia, Mayangsari memberitahu beliau tidak marah jika suaminya berlaku curang, namun dengan syarat lelaki itu perlu bertanggungjawab atas perbuatannya.

penyanyi indonesia ini tak marah kalau suaminya curang
 
Mayangsari berkata beliau lebih gemar untuk melihat kelemahan diri berbanding daripada terus menyalahkan pasangannya 100 peratus.

penyanyi indonesia ini tak marah kalau suaminya curang
 
“Kalau saya hanya lihat sisi negatif sahaja, saya tidak akan pernah menjadi matang dan dewasa.

“Saya juga pernah dicurangi tetapi itu perkara biasa kerana jika pasangan kita tidak pernah curang makna kita berpasangan dengan nabi yang tidak pernah berbuat salah,” katanya dalam temu bual di saluran YouTube Thomas Djorgi.


 
Mayangsari yang terkenal di negara itu menerusi lagu Tiada Lagi juga berkata, dia akan memaafkan suaminya setakat hatinya masih mampu menerima alasan curang yang diberikan.
 
Malah katanya lagi, dia juga tidak kisah andai pendapatnya ditentang oleh peminat, malah turut berasa selesa dengan prinsipnya itu.
 
“Saya hormati pendapat anda semua tetapi saya juga ada pendirian sendiri, terima kasih,“ jelasnya.

 
Sumber: Suara.com

ARTIKEL BERKAITAN