Seorang penyanyi dari Indonesia bangga apabila memperoleh banyak dislike pada muzik video terbarunya.
Barbie Kumalasari, 39, memperoleh lebih dari 50,000 dislike pada muzik video lagu baharunya berjudul ‘Hi Netizen’, dan menyifatkan ia sebagai satu pencapaian membanggakan.
"Saya dinobatkan artis memiliki 'dislike' terbanyak 2021 dan bagi saya ia sangat mengujakan. Maksudnya, pencapaian itu sesuatu yang sukar dicipta," katanya.
Beliau mengakui perhatian sebegitu cukup berbaloi dengan penat lelahnya sebagai anak seni selama hampir lebih 20 tahun.
Barbie juga menafikan sering menumpang populariti pendatang baharu, Ady Sky, sebaliknya mendakwa penyanyi itu yang sepatutnya menumpang populariti beliau.
"Kamu kan tahu saya sudah 20 tahun dalam industri dan sayalah 'it's a queen of halu'. Maksudnya, tiada yang mampu tular seperti saya melainkan digandingkan dengan Nikita (Nikita Mirzani) kerana kami sama tahap," katanya.
Sumber: Liputan6