Satu penyakit misteri yang melibatkan otak dilaporkan semakin meningkat dalam kalangan orang muda, menimbulkan tanda tanya di Wilayah New Brunswick dekat Kanada.
Penyakit yang masih belum ada nama rasmi, kini dirujuk sebagai Neurological Syndrome of Unknown Etiology (NSUE).
Menurut laporan, kes pertama mula dilaporkan pada April 2021 selepas memo yang dihantar kepada pengamal kesihatan Kanada dibocorkan.
Gejala penyakit yang nampaknya baru bermula dengan rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan, diikuti dengan kekejangan dan perubahan tingkah laku.
Menurut angka rasmi, jumlah mangsa masih berjumlah 48 orang, tetapi sesetengah pakar bimbang bilangan mereka yang terjejas mungkin meningkat kepada seramai 150 orang, dengan kebanyakan mereka masih belum didiagnos.
Laporan yang disusun pada Oktober 2021 mendapati bahawa tiada bukti sebarang pencemaran makanan yang diketahui, atau keadaan persekitaran yang boleh menjelaskan penyakit itu.
Dalam salah satu kes di Kanada, seorang lelaki yang mengalami masalah demensia dan masalah dengan pergerakan nampaknya ‘menjangkiti’ isterinya.
Satu lagi kes, seorang wanita berusia tiga puluhan, berada dalam keadaan hampir vegetatif dan penjaganya iaitu seorang pelajar kejururawatan berusia dua puluhan juga mula menunjukkan simptom penyakit misteri itu.
Penyakit misteri itu kini masih disiasat dan dalam kajian penyelidik.
Sumber: [1]