Adik Beradik Ini Kumpul Kad Pokemon Terbanyak Di Dunia!

Buat anda yang pernah melalui zaman bermain kad permainan Pokemon, pasti anda pernah mempunyai koleksi kad Pokemon yang pelbagai.

adik beradik ini kumpul kad pokemon terbanyak di dunia!

Namun koleksi anda itu mungkin tidak dapat menandingi jumlah kad Pokemon yang dimiliki pasangan adik beradik ini, sehinggakan mereka diiktiraf sebagai pengumpul kad Pokemon paling banyak di dunia!

 

Jens Ishoy Prehn dan Per Ishoy Nielsen, dua beradik dari Denmark telah mencipta rekod sebagai pengumpul kad Pokemon terbanyak di dunia dengan koleksi berjumlah 32,809 kad Pokemon berbeza.

adik beradik ini kumpul kad pokemon terbanyak di dunia!

Pokemon adalah siri video yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh syarikat Nintendo berdasarkan siri anime televisyen popular di dunia.

 

Menurut Prehn dan Nielsen, mereka telah membelanjakan banyak wang untuk membeli kad selama bertahun-tahun meskipun mendapat tentangan daripada ibu dan bapa mereka.

adik beradik ini kumpul kad pokemon terbanyak di dunia!

Ujar mereka lagi, kad Pokemon paling mahal dibeli mereka adalah kad Charizard edisi pertama bernilai kira-kira AS$20,000 (RM91,460) dalam pasaran semasa.

 

Sumber: Kosmo!