Seorang jurugambar berjaya menangkap gambar seekor penguin kuning yang dianggap unik serta jarang ditemui.
Menurut Yves Adam yang sering menangkap foto-foto hidupan liar itu, ia merupakan kali pertama dia pernah melihat penguin jenis sebegitu.
Kongsinya, foto tersebut diambil ketika dia menyertai satu ekspedisi di Atlantik Selatan selama dua bulan sekitar 2019.
Ketika itu, mereka berhenti buat seketika di sebuah pulau di Georgia Selatan untuk memotret wilayah yang didiami lebih daripada 120, 000 ekor penguin itu.
Kebetulan pula, Adam yang pada waktu itu sedang memunggah peralatannya ternampak kelibat seekor penguin luar biasa itu.
Terangnya, antara kesemua 120, 000 ekor penguin di situ, penguin berwarna kuning itu terlihat paling menonjol gara-gara bulunya yang cerah dan kelihatan menakjubkan.
Kata Adam, “Saya tidak pernah melihat atau mengetahui tentang penguin kuning sebelum ini. Terdapat 120, 000 burung di pantai tersebut namun ia adalah satu-satunya yang berwarna kuning di situ.
“Kami sangat beruntung kerana burung itu mendarat tepat di tempat kami berada. Pandangan kami tidak dihalang mana-mana binatang besar. Kebiasaannya, hampir mustahil untuk bergerak di pantai ini kerana mereka.”
Selalunya kita tengok penguin berwarna hitam, tapi kali ni kuning pula. Unik kan?
Sumber: [1]