Pengguna Jalan Disini Perlu Memandu Bertukar-Tukar Lorong. Seram!

Tidak ramai yang gemar untuk memandu pada jalan yang mencabar seperti jalan berbukit. Tambah pula jika perlu menukar lorong dari kiri ke kanan semasa berada curam bukit.

pengguna jalan disini perlu memandu bertukar-tukar lorong. seram!

Itu yang akan dihadapi semua pengguna disebuah jalan berbukit dekat Mexico yang memerlukan mereka menukar lorong ketika mendaki atau menuruni kawasan berkenaan.

.

Kawasan yang dikenali sebagai Acultzingo Heights adalah kawasan berbukit di Veracruz State, menjadi laluan kepada ramai pengguna termasuklah pemandu lori.

pengguna jalan disini perlu memandu bertukar-tukar lorong. seram!

Namun disebabkan laluannya yang sempit, ia pasti menyukarkan pengguna kenderaan berat untuk melalui selekoh tajam.

.

Disebabkan itu, arah laluan dikawasan ini akan bertukar sama ada dari kiri mahupun kanan jalan, bertujuan bagi memberi ruang kepada kenderaan besar memuat lencongan dengan sempurna.

pengguna jalan disini perlu memandu bertukar-tukar lorong. seram!

Pengguna di Acultzingo Heights ini juga perlu sentiasa peka dengan simbol anak panah atas jalan dan tidak panik sekiranya ada kenderaan dihadapan yang memasuki lorong anda.

.

Menariknya, sejak undang-undang penukaran lorong ini dibuat, kadar kemalangan jalan raya di kawasan ini juga berkurangan.

.

Sumber: [1]