Niat Ajar Tidak Membazir, Pengetua Sanggup Makan Sisa Makanan Pelajar

Seorang pengetua sekolah di China telah mengejutkan ramai selepas dilaporkan memakan sisa makanan pelajar dari kantin sekolah untuk memberi pengajaran kepada mereka agar tidak membuang makanan dan membazir.

niat ajar tidak membazir, pengetua makan sisa makanan pelajar

Wang Yongxin, pengetua sekolah menengah swasta di Qiyang, dekat Hunan, mengejutkan pengguna Internet di China atas tindakannya itu.

 

Sebuah video tular minggu lalu menunjukkan Wang berdiri dekat dengan tong sampah kafeteria sekolah, menghalang pelajarnya daripada membuang makanan mereka, dan memakan sisa makanan terbabit. Beberapa pelajar memerhatikannya makan lebihan makanan itu, sementara yang lain mula menghabiskan makanan mereka.

niat ajar tidak membazir, pengetua makan sisa makanan pelajar

Wang, 58, memberitahu akhbar tempatan yang beliau telah menghabiskan makanan daripada enam ke tujuh orang pelajarnya ketika waktu makan tengahari sejak minggu lalu.

 

"Saya ingin memberi contoh kepada anak-anak, memberitahu mereka bahawa adalah salah jika membuang makanan. Tingkah laku saya bukan sahaja mengejutkan kanak-kanak tetapi juga guru di sekolah.

"Beberapa kanak-kanak menghabiskan makanan mereka ketika melihat saya makan sisa rakan sekelas mereka. Sekarang ada di antara mereka yang secara sukarela memberitahu staf kantin berapa banyak makanan yang hanya mereka perlukan, dan ini membantu mengurangkan sampah,” katanya.

 

Walaupun beberapa warganet memuji Wang sebagai contoh yang baik, ramai juga bimbang akan kebersihan dan keselamatan makanan yang dimakan itu.

 

"Bagus untuk berjimat, tetapi memakan sisa makanan orang lain adalah contoh buruk dan boleh mengundang penyakit. Mungkin mereka harus memikirkan cara lain untuk mendidik para pelajar,” kata seorang pengguna Weibo.

 

Tetapi itu bukan masalah bagi Wang.

"Semua makan itu dari dapur yang sama. Semua pelajar dan guru makan di sini. Saya menganggap anak-anak sebagai anak saya sendiri, jadi tidak ada masalah buat saya,” katanya.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN