Pengantin Tuntut Ganti Rugi Pada Tetamu Gagal Hadir Kenduri Mereka

Sepasang pengantin di Chicago telah menuntut ganti rugi kepada semua tetamu yang gagal hadir ke majlis perkahwinan mereka tanpa memaklumkan sebarang alasan lebih awal.

pengantin tuntut ganti rugi pada tetamu gagal hadir kenduri mereka

Pasangan pengantin itu telah menghantar invois bernilai AS$240 (kira-kira RM997) menerusi kiriman emel kepada semua tetamu mereka untuk membayar denda tersebut.

 

Perkara itu tular selepas gambar invois berkenaan dikongsikan menerusi media sosial.

pengantin tuntut ganti rugi pada tetamu gagal hadir kenduri mereka

Pengantin tersebut mengenakan caj makan malam terhadap tetamu mereka yang tidak hadir majlis perkahwinan mereka di Royalton Negril Resort and Spa di Jamaica.

 

“Invois ini dihantar kerana anda sudah mengesahkan kehadiran ke majlis perkahwinan semasa pengesahan kali terakhir dibuat.

“Amaun tertera adalah kos bagi kerusi setiap tetamu kerana anda tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada melalui telefon atau sebarang notis mengenai ketidakhadiran. Anda boleh membuat pembayaran menerusi Zelle atau PayPal,” tulis invois itu.

 

Pasangan itu juga memaklumkan mereka sudah pun membuat pengesahan tetamu sebanyak empat kali sebelum majlis diadakan.

 

“Mereka kerap berkata ‘Ya’. Kalau beritahu saya tidak dapat hadir tidak mengapa, saya faham, tetapi langsung tidak beritahu apa-apa dan saya pula terpaksa bayar bagi setiap pasangan tetamu yang dijemput,” luahnya.

 

Sumber: [1]