Salam kaut adalah satu bentuk pemberian ikhlas dari tetamu kepada tuan rumah ketika hadir ke sesebuah majlis perkahwinan.
Budaya ini sudah lama menjadi tradisi dalam setiap masyarakat Melayu, sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.
Meskipun tidak menjadi kewajipan, ada segelintir yang merasakan salam kaut ini sebagai satu beban hingga ada yang sanggup memberi sampul kosong dan ada juga sanggup melukis sendiri wang kertas mirip wang sebenar.
Baca: Wanita Terkejut Terima Dua Keping Duit RM20 Dilukis Tangan Masa Salam Kaut
Sama kisahnya yang berlaku di Indonesia ini apabila pasangan pengantin terkejut menerima wang yang difotokopi oleh tetamu di majlis perkahwinannya.
Video yang tular di Tiktok menunjukkan wanita bernama Nuriaraziz berkongsi helaian wang kertas palsu not 50,000 Rupiah (kira-kira RM5.13) yang diletakkan dalam sampul.
Dalam sampul itu juga ada sehelai kertas putih bersama empat salinan wang fotokopi di atasnya.
“Hidup sudah terlalu penat, tiba-tiba ada juga manusia yang memberikan wang fotokopi,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai pendapat berbeza, termasuk ada yang beranggapan individu berkenaan enggan berasa malu kerana tidak memberi sebarang hadiah atau wang ketika hadir ke majlis perkahwinan berkenaan.
Sumber: Tiktok