Pasangan Pengantin Tandatangan 'Kontrak Romantik', Wajib Pergi Shopping Setiap Dua Minggu!

Baru-baru ini, kisah pasangan pengantin baru di India menandatangani kontrak berbentuk ‘ikrar romantik’ telah mencuri perhatian ramai dari serata dunia.

pasangan pengantin tandatangan 'kontrak romantik', wajib pergi shopping setiap dua minggu!

Pasangan yang dikenali sebagai Shanti dan Mintu itu bersetuju untuk menetapkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hubungan perkahwinan mereka menerusi kontrak tersebut.

Antara kandungan yang tersenarai dalam kontrak itu termasuk mereka berdua hanya dibenarkan makan pizza sebulan sekali dan pergi ke gimnasium setiap hari.

pasangan pengantin tandatangan 'kontrak romantik', wajib pergi shopping setiap dua minggu!

Selain itu, mereka juga perlu mengadakan gambar yang cantik setiap kali menghadiri pesta selain boleh menghadiri pesta sehingga lewat malam tetapi hanya jika mereka berdua.

Bagaimanapun, syarat-syarat yang dinyatakan tadi tidak terhenti setakat di situ sahaja kerana ada lagi yang disenaraikan. Shanti mahupun Mintu harus sentiasa mengatakan ya kepada hidangan tradisional India yang dipanggil ghar ka khana.

 

Sumber: [1]