Pengantin Pecah Rekod Guinness World Records Dengan Kain Layah Terpanjang

Seorang wanita menyambut kegembiraan berganda apabila dia berjaya memecah rekod Guinness Wolrd Records (GWR) sekali gus mengahwini pasangan pilihannya dalam persalinan pengantin dengan kain layah terpanjang di dunia.

Maria Paraskeva yang berasal dari Cyprus, sebuah pulau di laut Mediteranean, memakai kain layah sepanjang 962.6 meter ketika hari perkahwinannya yang berlangsung pada baru-baru ini.

Kongsinya, dia sudah menyimpan hasrat untuk berbuat demikian demi memecah rekod Guinness World Records sejak kecil lagi.

“Impian saya sejak kecil lagi adalah untuk tersenarai dalam GWR dengan kain layah di dunia,” ujarnya.

Difahamkan bahawa sebanyak 30 sukarelawan telah membantu dalam menjadikan impian Maria itu suatu kenyataan,

Mereka dikatakan mengambil masa selama enam jam untuk menyusun kain layah berkenaan di sebuah lapangan yang luas.

 

Sumber: Instagram GWR