‘‘Aku Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwin Sebekas Bakso Goreng..’’

Sepasang pengantin di Purwokerto, Jawa Tengah baru-baru ini menjadi tular selepas dilaporkan dinikah dengan mas kahwin bakso goreng.

‘‘aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebekas bakso goreng..’’

Menurut Tribunnews, selain bakso goreng, mas kahwin yang turut diberikan adalah wang tunai 500,000 rupiah serta kelengkapan alat solat.

‘‘aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebekas bakso goreng..’’

Pengantin, Adi berkata sengaja menambah bakso goreng ketika bernikah dengan pasangannya, Ami kerana mereka sebelum ini sering mencuba makanan tepi jalan bersama.

 

“Kami sudah kenal selama tiga tahun dan sering menghabiskan waktu bersama mencari makanan di tepi jalan.

“Kami mula mengetahui tentang bakso goreng ketika berjalan-jalan di Banjarnegara, Februari lalu,” katanya.

‘‘aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebekas bakso goreng..’’

Adi berkata, isterinya sangat suka makanan itu selepas mencubanya buat pertama kali.

 

Sumber: Tribunnews