Pengantin Lelaki Diarak Menggunakan Traktor Sekitar Kampung

Setiap orang pastinya mempunyai perkahwinan impian mereka yang tersendiri.

pengantin lelaki diarak menggunakan traktor sekitar kampung

Ada yang mengimpikan untuk berkahwin di bangunan mewah, dan ada juga yang berhasrat untuk berkahwin secara sederhana.

Turut tidak terkecuali, ada yang mahu meraikan momen perkahwinan mereka dengan diarak di sekitar kampung.

Begitulah yang terjadi pada seorang pengantin lelaki ini yang berasal dari Indonesia, yang mana momen perkahwinannya menjadi viral di Tik Tok gara-gara video yang memperlihatkan dirinya diarak di sekitar kampung untuk ke rumah pengantin perempuan dengan menggunakan traktor.

Menerusi video tersebut, lelaki itu jelas dilihat berpakaian hitam dan sedang duduk di dalam kereta yang ditarik traktor. Dia dengan santainya, melambai ke arah orang ramai di sekelilingnya.

Bagaikan raja sehari, lelaki tersebut kelihatan amat gembira dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuannya.

Turut mencuri perhatian, adalah bahagian belakang kereta tersebut yang tertulis dalam Bahasa Jawa, “Ibu, menantu perempuan anda ada di sini, sedia memberikan cucu kepada anda. OTW Halal.”

 

@andikjurnalis

Mbok anakmu rabi #nikah #pengantin #tepungbumbubervitamin #fypdong #fypppppppppppppp #fypgakni #fyp1 #ramadanbersamaaqua #viral #ngawi #fypシ

♬ sayang sayang - AR Pro Channel

 

 

Sumber: [1]