Penduduk di Kawasan Dekat Indonesia Ini Dah Mula Terawih, Puasa Sejak Khamis

Ketika umat Islam seluruh dunia menantikan kehadiran 1 Ramadan yang dijangka tiba pada 12 Mac depan, sejumlah penduduk di Yogyakarta sudah mula berpuasa pada Khamis, 7 Mac.

 

Menerusi video tular, sebilangan jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul dekat Yogyakarta dilihat mula menunaikan solat Terawih pada Rabu (6 Mac).

penduduk di kawasan dekat indonesia ini dah mula terawih, puasa sejak khamis

Imamnya, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Beni berkata, solat Terawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat Terawih yang dilakukan di lokasi lain.

 

“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya.

“(Solat Tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan," katanya.

penduduk di kawasan dekat indonesia ini dah mula terawih, puasa sejak khamis

Menurut Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa’ban Nurono berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat.

 

“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata Sa’ba, dipetik dari Tribun Jogja.

 

@soloposofficial Jemaah Masjid Aolia di Gunungkidul Yogyakarta sudah gelar salat tarawih dan tetapkan 1 Ramadan jatuh pada Kamis, 7 Maret 2024. #jemaahmasjidAoliasalattarawih #salattarawih #1ramadan #ramadan #gunungkidul #gunungkidulviral #MasjidAoliaGunungkidul #jogja #infojogja #inforamadan #jogjaviral #tiktokberita #tiktokviral #viral #fyp ♬ original sound - Michael Simangunsong

 

Ujarnya, beliau berharap agar umat Islam lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan jemaah Aolia kerana perbezaan pendapat seperti ini.

 

Sumber: Astro AWANI