Penduduk di Sungai Besar, Sabak Bernam gempar melihat fenomena aneh apabila langit dikawasan itu disinari warna hijau.
Kejadian berlaku pada malam Selasa, telah dirakam imejnya dan dimuatnaik di Faebook.
Menurut individu yang berkongsi foto berkenaan, cahaya hijau yang tidak dikenali itu mencetuskan tanda tanya.
"Sungai Besar kenapa terang sangat cahaya ini dan bergerak?" katanya menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira jam 8.30 malam.
Fenomena itu turut diperaku oleh beberapa pengguna Facebook lain yang turut sama melihat cahaya hijau berkenaan dikawasan rumah mereka.
"Habis sahaja azan Isyak (cahaya hijau di ruang udara) terus hilang," komen pemilik akaun Facebook, Cik Faa.
Kejadian aneh itu turut dilihat seorang lagi pemilik akaun Facebook, Mohamad Amirul. Jelasnya, ia sangat aneh kerana hadapan rumahnya menghadap jalan dan mustahil ia disebabkan aktiviti nelayan yang sedang mencandat sotong.
"Belakang rumah saya laut, tetapi saya nampak depan rumah, (mustahil nelayan) candat sotong dekat jalan, (rasa) pelik," jelasnya.
Sumber: Sinar Harian