Katanya ‘Gangguan Jin’, Penduduk Panik Nasi Ditanak 7 Jam Masih Tak Berjaya Masak

Laman berita Liputan6 telah melaporkan bahawa sebuah klip video yang menjadi viral di media sosial Indonesia memaparkan keadaan panik penduduk sebuah kampung apabila nasi yang dimasak selama tujuh jam dalam periuk tidak masak.

katanya ‘gangguan jin’, penduduk panik nasi ditanak 7 jam masih tak berjaya masak

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @b_law_office. Menurut pemilik akaun tersebut, penduduk keliru apabila nasi kenduri yang dimasak dalam tiga periuk besar hampir sehari masih tidak masak walaupun api dinyalakan sudah besar.

 

Mereka telah mencuba pelbagai cara untuk memasak nasi tersebut seperti meletakkannya di atas dapur gas dan memasukkan air panas, tetapi tetap sahaja gagal.

katanya ‘gangguan jin’, penduduk panik nasi ditanak 7 jam masih tak berjaya masak

Ada juga yang mendakwa penyebab kegagalan tersebut adalah daripada gangguan jin. Disebabkan itu, seorang lelaki bernama Pak Yai Zainudin membantu mereka dengan menggunakan 'ikhtiar tradisional'.

 

Mujur akhirnya setelah ditanak semula selama sejam, nasi untuk dihidang ketika kenduri itu akhirnya telah masak.

 

@bb_law_office Masak hampir sehari tidak bisa matang karena diganggu Jin #budayajawa #jin #tahayul #sesajen #pernikahan #pesta ♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

 

Video itu mendapat perhatian netizen hingga ada yang mengesahkan bahawa perkara aneh itu turut pernah berlaku di tempat mereka.

 

Sumber: Liputan6 / Tiktok