Sebuah pekan terpencil di benua Antartika telah mewajibkan penduduk yang bakal menetap disitu untuk membuang apendiks pada diri masing-masing.
Dikenali sebagai Villas Las Estrellas, satu dari dua kawasan penempatan manusia di Antartika ini mempunyai seramai 100 orang, terdiri daripada para penyelidik dan anggota tentera.
Mereka yang ditempatkan disitu perlu berada dalam tempoh kontrak yang panjang dan haruslah memastikan diri dan ahli keluarga mereka membuang apendiks sebelum dibenarkan menetap disitu.
Tujuan mereka mewajibkan pembuangan apendiks ini adalah kerana jarak hospital terdekat yang berada pada 1,005 kilometer, sekali gus mengancam nyawa sekiranya individu menghidap apendisitis tidak dirawat dengan segera.
Disebabkan sistem penjagaan kesihatan yang terhad juga membuatkan penduduk wanita tidak digalakkan hamil sepanjang mereka menetap disitu.
Selain itu, penduduk juga diarahkan untuk kekal berada di dalam rumah ketika musim sejuk atau mereka berdepan risiko mati kesejukan disebabkan suhu yang berada pada paras -47 darjah Celsius.
Antara kemudahan lain yang disediakan di pekan itu adalah pejabat pos, sekolah kecil, sebuah bank dan beberapa kemudahan asas lain.
Sumber: [1]