Penduduk Indonesia Kutip Emas ‘Free’ Di Tepi Pantai

Pelik tapi benar, namun itulah yang terjadi di sebuah pantai yang terletak di Indonesia yang mana penduduk tempatan berpusu-pusu mencari emas di sekitar kawasan pantai yang dikenali sebagai Pohon Batu itu.

penduduk indonesia kutip emas ‘free’ di tepi pantai

Menurut salah seorang penduduk di situ, Syarifah Arey, dia menemui emas di kawasan tersebut secara kebetulan ketika sedang mencari pasir.

Ujarnya kepada media tempatan, “Pada waktu itu saya dan adik saya mencari pasir, tetapi terdapat bijih emas di pasir tersebut.”

Dia kemudiannya memberitahu mengenai perkara tersebut kepada penduduk sekitar, membuatkan mereka yang terdengar tentang perkara tersebut segera bergegas beramai-ramai berserta peralatan tradisional untuk mencari emas di pantai itu.

Selain itu, lanjut Syarifah lagi, dia tidak menyangka bahawa berita mengenai penemuan biji-bijian emas itu akan menjadi viral.

Sehingga kini, pantai tersebut itu dikatakan masih padat dengan kehadiran orang ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan emas.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan berdekatan, Latif Selanno mengatakan bahawa perkara tersebut sebenarnya bukanlah suatu perkara baru yang pernah berlaku di wilayah Maluku.

Terdahulu, pada 2019, dia mengatakan bahawa dia pernah mengutip sekitar 100 gram emas, tidak hanya di kawasan pesisir pantai tersebut, namun juga di beberapa tempat lain sekitar wilayah yang sama.

“Ia bukanlah benda yang baru, saya sendiri pernah mengutip 100 gram pada 2019. Itu saya sendiri, tidak termasuk orang lain, perkara ini heboh hanya kerana posting viral sedangkan ia sudah lama berlaku.

“Yang penting adalah rajin mendapatkan satu gram atau dua gram dalam sehari,” ujarnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN